Sinar Harian bolot Anugerah Kewartawanan Hijau 2011

Posted on July 20, 2011. Filed under: Environment and Livelihoods |


GEORGETOWN – Empat wartawan Sinar Harian Edisi Utara, berjaya membolot dua anugerah dalam Pertandingan Anugerah Kewartawanan Hijau 2011 anjuran Kerajaan Pulau Pinang.

Wartawan Ibu Pejabat Pulau Pinang, Mohd Iskandar Othman, Syajaratulhuda Rosli dan Gokina Morganan berjaya merangkul Anugerah Hadiah Cemerlang bagi kategori Bahasa Melayu dengan membawa pulang wang RM3,000 berserta sijil.

Manakala Anugerah Hadiah Khas 1 pula, dimenangi Skuad Tanjong, Siti Nadiah Ahmad Zamlus dengan membawa pulang wang RM1,000 berserta sijil penghargaan.

Hadir sama Editor Sinar Harian Edisi Utara, Azwani Abdul Ghani dan Ketua Wartawan Sinar Harian Edisi Utara, Mohd Idros Mohd Ali.

Selain Sinar Harian, The Star turut mengungguli kategori Bahasa Inggeris dengan merangkul Hadiah Cemerlang dan juga Hadiah Khas 2.

Wartawan Sin Chew Media Corporation Berhad dan The China Press Berhad merangkul anugerah bagi kategori Bahasa Cina.

Ketua Pengadil, Ng Miew Luan juga Pensyarah Kolej Damansara Utama (KDU) berkata, pihaknya menerima 14 penyertaan, namun hanya tujuh menerima anugerah bagi tahun ini.

Menurutnya, setiap karya yang dipertandingkan memaparkan isu alam sekitar di negeri ini.

Selain Miew Luan, juri terdiri daripada Pensyarah Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Mustafa Kamal Anuar; Pensyarah New Era College, Wong Kock Hoo; wakil Malaysian Nature Society dan Sahabat Alam Malaysia (SAM).

Hadiah disampaikan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik.

Advertisements

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: